RUANG PEMBELAJARAN DALAM PRA SEKOLAH

ruang pembelajaran dalam prasekolah

Ruang-ruang kawasan kelas mempunyai fokus atau peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Ruang dalam kelas seharusnya dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak lebih jelas tentang pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti sudut keluarga untuk aktiviti main peranan. Selain itu, ia juga membenarkan kanak-kanak memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas.

Merancang ruang pembelajaran perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan perancangan yang rapi. Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di ruang pembelajaran dan persekitaran prasekolah perlu diberi perhatian yang lebih mendalam. Kesemua ruang pembelajaran (di dalam ataupun di luar) perlu disesuaikan dengan tujuan dan objektif yang ditetapkan. Keadaan itu melambangkan keperluan pengajaran prasekolah itu.

Ruang pembelajaran tersebut mesti bersih, tidak terlalu sempit oleh pelbagai perabot, pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik. Aspek ini sangat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya aspek ini tidak diambil kira, ia akan mendatangkan ketidakselesaan kepada guru dan kanak-kanak. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

Terdapat lima ruang dalam pra sekolah iaitu ruang belajar, ruang makan, ruang bilik air, ruang membaca dan ruang bermain. Ruang-ruang ini sangat penting dalam sesebuah pra sekolah kerana dengan adanya ruang-ruang ini kanak-kanak dapat melihat dengan lebih jelas tentang pilihan ruang untuk menjalankan aktiviti tertentu.Ruang dalam prasekolah

Ruang yang pertama ialah ruang belajar, ruang ini merupakan ruang utama di prasekolah dimana sesi p&p dijalankan.

belajar

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam berkomunikasi.
  • Mengembangkan kemahiran membaca dan menulis.
  • Membina keyakinan diri murid.

Seterusnya ruang  membaca, dimana ruang ini dapat digunakan oleh pelajar untuk mengisi masa lapang dengan membaca walaupun hanya sekejap.

baca

  • Memerlukan keadaan senyap supaya kanak-kanak dapat menumpukan perhatian tanpa gangguan.
  • Melahirkan sifat rajin membaca dalam diri kanak-kanak
  • Ilmu pengetahuan bertambah

Selain itu, ruang makan juga merupakan ruang yang memainkan peranan yang besar kerana ruang ini digunakan untuk keperluan asas kanak-kanak untuk makan dengan selesa.

makan

  • Membolehkan murid makan ditempat yang disediakan.
  • Dapat membimbing murid cara menghidang makanan dan minuman.
  • Mengajar murid cara mengemas ruang makan.

Ruang bilik air berfungsi  untuk memberi  keselesaan kepada kanak-kanak, disamping memudahkan pembantu pra sekolah menguruskan kanak-kanak.

b1

  • Dapat melatih murid mengamalkan kebersihan diri dengan betul.
  • Melatih murid untuk menggunakan air secara berhemah.

Yang akhir sekali ialah ruang bermain,  membolehkan murid ;

main

  • Menjalankan aktiviti sendiri.
  • Kanak-kanak dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan kawan-kawan dengan lebih mesra.
  • Mengalami suasana seperti di rumah
  • Melahirkan emosi, minat dan bakat
  • Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman
  • Memupuk nilai murni
  • Melahirkan semangat perpaduan antara kaum.

Guru boleh memanipulasikan ruang yang ada untuk menjalankan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Secara tidak langsung ia dapat menimbulkan kelainan seterusnya meningkatkan minat kanak-kanak terhadap proses pembelajaran. Di samping itu, ia juga dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak sewaktu aktiviti pembelajaran dijalankan. Untuk mewujudkan suasana yang ceria dan menarik guru boleh menggalakkan penglibatan ibu bapa seperti menerima cadangan serta idea yang bernas bagi menghasilkan prasekolah yang lebih ceria dan menarik.